Cikgu Sabariah...bersara
30/7/2026

Pada 31 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Persaraan Cikgu Sabariah di Dataran Rimbunan Budi (DRB). Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas jasa serta pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan menyentuh hati dengan kehadiran pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta para jemputan. Pelbagai pengisian seperti ucapan penghargaan, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar telah diadakan bagi meraikan persaraan beliau.
Semoga Cikgu Sabariah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta terus cemerlang dalam fasa baharu kehidupan selepas persaraan. Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
